baru baru ini saya jatuh sakit demam dan terpaksa masuk wad di sebuah hospital swasta. pada awalnya saya berasa sentiasa penat dan mengantuk dan badan panas sejuk beberapa hari. ini berlaku selama 4hari. oleh kerana sudah tidak larat pening kepala dan letih lesu dan tiada selera makan lagi maka saya gagahkan diri bergegas ke Tropicana Medical Center yg berdekatan dgn rumah saya.
alhamdulillah, saya ada insurance medical card. doktor mendapati saya demam panas , 39'celcius. saya memohon doktor utk masuk wad sbb saya ada insurans. mujurlah saya masuk wad kerana kemudian didapati melalui ujian darah bahawa platelet saya amat rendah. saya mungkin terkena jangkitan denggi.
jadi saya amat bersyukur dapat berehat di sebuah hospital swasta yg selesa dan mendapat rawatan dan penjagaan dari doktor pakar.
alhamdulillah selepas 3hari level platelet sudah kembali ke paras normal dan saya dibenarkan pulang dan kembali sihat dan diberi cuti rehat sehari tambahan.
nak ceritanya disini bahawa apabila kita sakit barulah baru kita sedari NIKMAT tubuh badan yg sihat. Siapa yg beri kesihatan kpd kita? sudah pasti Allah swt yg kurniakan kita....kita mungkin jatuh sakit pada bila2 masa atas kehendaknya.
jadi jika kita sentiasa sihat, maka hendaklah kita sentiasa bersyukur dgn mentaati perintahNya dan banyakkan zikir syukur alhamdulillah kpdNya.
lagi satu nota: bagi yg bekerja sendiri/swasta. elok lah beli polisi insurans kesihatan. ia byk membantu anda mendapat rawatan dgn mudah di mana mana hospital swasta.
saya dah beli insurans Prudential sejak tahun 2004.
sekian coretan saya.