Tuesday, 26 June 2012

Bersikap Terbuka terhadap persaingan

Kita harus bersikap terbuka dan berlapang dada terhadap persaingan atau pesaing-pesaing terutama dalam berniaga.

Orang jual nasi lemak tepi jalan pun ada persaingan, stesen petrol pun ada persaigan, malah begitu juga dengan universiti kolej swasta. Memang kita tak boleh lari dari persaigan. itu lumrah hidup dan adat berniaga.

tetapi ada yang berfikiran jumud/tidak terbuka terhadap persaingan malah mengutuk , merendahkan pesaing. Sepatutnya dia pelajari bagaimana pesaing dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan dan cuba perbaiki kelemahan diri dan cuba bersaing secara sihat dan innovatif.

saya percaya Allah dah agih agihkan rezeki masing-masing, tak perlu kita berbalah dalam persaingan, bersikap terbukalah terhadap persaingan.

Allah suruh kita berusaha bersungguh sungguh dan kita dilarang memakan harta orang lain dengan menzalimi orang lain.

Wallahua'alam

sekadar coretan pengalaman hidup