Friday, 27 January 2012

Kematian Bruce Lee akibat kesan sampingan ubat.


Saya menonton kisah lagenda Kung Fu/Hollywood Artist Bruce Lee di laman tv Astro sempena cuti hari raya cina. Baru saya tahu bahawa mendiang Bruce Lee meninggal pada usia muda (33thn) akibat kesan sampingan ubat yang diambil oleh beliau.

Beliau telah mengambil sejenis ubat penahan sakit (analgesic) dengan jenama Aquagesic yg mengandungi aspirin dan meprobamate (sejenis muscle relaxant). Kesan sampingan meprobamate ini mengakibatkan otak menjadi kembang dan akhirnya menyebabkan kematian. Sayang sekali, orang muda yg berkaliber spt Bruce Lee tewas akibat kesan sampingan ubat.

Sejak dari itu penggunaan ubat meprobamate telah diharamkan dari pasaran.

Ubat dadah (drug) boleh menjadi penawar dan juga boleh jadi racun yang bahaya kepada badan.
Berhati-hatilah apabila menggunakan drug. Seboleh bolehnya elakkan penggunaan ubat dan cuba cara semulajadi.

sekian coretan saya

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Pharmacist (2860)

No comments:

Post a Comment